Seperti biasa aku akan bangun seawal jam 6 pagi untuk bersiap untuk menunaikan solat subuh, setelah selesai menunaikan solat subuh aku mula bersiap untuk berangkat pergi mencari rezeki , walaupun hari ini hati aku terasa berat untuk hadir kan diri ke pejabat, akan tetapi aku kuatkan semangat untuk rajin datang kerja.....Seperti biasa lah kenalah panaskan enjin motor dulu sebelum bergerak pergi akan tetapi hati masih lagi terasa berat untuk pergi kerja... perasaan itu aku abaikan buat sementara waktu dan aku terus memulakan perjalanan menuju ke tempat kerja, setibanya di satu simpang aku mula merasakan ada yang x kena dengan motor tersebut kerana enjinnya tiba-tiba mati dan aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan motor tersebut semasa aku memandunya. aku mula abaikan masalah itu aku fikir mungkin perasaan malas kerja yang menghantui aku sehingga begitu...... aku meneruskan pemanduan seperti biasa dan mula melakukan kelajuan motor katanya nak merempit pagi ini tiba2 aku merasakan ada yang tidak pada bahagian belakang motor aku apabila di pandu laju terasa seperti bergoyang dan membuang ke kiri dan kanan aku terpaksa memberhentikan motor buat sementara waktu niat untuk merempit akhirnya tidak kesampaian dik kerana tayar belakang motor aku pancit... puncanya masih belum tidak di ketahui. pagi-pagi dah kena menolak motor sejauh yang mungkin dik kerana tayar motor yang bocor apa lah nasib aku hari ini kan....setibanya di kedai motor di tambah lagi dengan kedai yang belum buka di sebab kan awal pagi... ayoooo x kan aku nak pergi kerja jalan kaki kot.... sambil dok memikir kat tepi jalan lalu lah seorang hamba Allah yang aku kenal dengan ayat yang dilayang kan seperti ini " we ko buat apa dok tepi jalan ni x gi koje ke" balas "aku oh ko ke beb aku ingat spa tadi, ni hah motor buat hal pagi ni mcm mana nak sampai opis kalau separuh jln dah terkandas" lalu aku tumpang lah mamat ni gi kerja nasib baik lah ada yang nak tumpangkan kalau tidak menung manjang aku kat tepi jalan tu, setelah sampai ke tempat kerja yang paling penting selesaikan tugas dulu sebab selepas itu aku nak lari pg betulkan motor... bermula lah tugas seperti biasa....... jam menunjukkan 11.00 pagi time untuk aku berlari untuk menyelamat kan keadaan motor bukan apa taku motor tu hilang je sebabnya aku letak kat depan kedai motor huhuhuhu.. setibanhay kat kedai itu seperti biasa lah pomen menjalankan tugas " ya bos apa problum" balas aku " motor pancit lah mahub etulkan lah apa lagi" ok2 x ada hal .....
cek punya cek rupanya terdapat 2 batang paku terlekat kat tayar motor aku tu yang jadi bocor tayar aku... dugaan betul sekali du melekat.... huhuhu selesai di betul kan terbang lah dui aku dalam RM70.00 kopak poket aku untuk hari ni... x apa lah untuk motor aku gi kerja terpaksa aku korbankan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan